Sunday, 22 June 2014

Contoh dan Pengalaman Temuduga Maktab Perguruan



           Lama dah tak update blog nie. Berhabuk je aku tengok. Okey la, sekarang nie nak kongsi dengan semua tentang pengalaman time ikut temuduga untuk Maktab Perguruan. Nie adalah based on pengalaman aku sendiri untuk dikongsi dengan semua. tak lah sehebat mana tapi, dapatlah membantu sedikit - sebanyak.
          Masa aku dapat tahu aku layak ikut temuduga untuk maktab tu dah sangat2 terlewat. Aku dapat tahu aku layak ikut interview tu jatuh pada hari yang sama aku kena turun interview. So, mulanya aku fikir nak biarkan je , tapi lepas bincang2 , call pergi pihak atasan , so, diarong suruh la aku turun je untuk esoknya sebab temuduga tu sampai 2 hari.
          Jawapnya, aku kena la explain reason aku kat penemuduga tu nanti. Memang tak cukup preparation langsung, nak tak nak, berserah je la.
           Di pendekkan cerita , sampai la aku kat tempat temuduga tu. Nervous bukan main. Ye la, dah la macam tak diundang sebab sepatutnya kelmarin dah turun. Tapi kuatkan juga semangat nie, sampai kat bilik untuk peperiksaan , aku terus jumpa dengan pengawas tu explain in detail sebab2 nye.. terus diorang suruh duduk je. Fuhhh , nasib tak banyak sangat persoalan yang ditanya.
           Untuk pengetahuan,  aku temuduga untuk pendidikan muzik.  So, kena bawa gitar sekali. Okey la. Pasal exam tu , kira pakai logic anda la. Kira macam , “ kalau anda seorang guru” la soalan dia.. banyak la soalan tapi jawapan tu pun banyak juga. Ikut rasional diri. Jangan pulak ikut rasa hati. Kalau ikut apa yang kawan2 yang pernah ikut tu, soalan dia kadang2 boleh berubah juga. Cari kat bookstore pun ada. Betul nie, aku pernah tengok kat kedai buku, koleksi soalan temuduga maktab perguruan.
            Habis je exam , diberi la masa rehat kejap tu. Fuhh, sebab aku calon yang terlepas so, automatiknya aku diberi priority la kot, untuk menjadi antara calon pertama masuk ke bilik temuduga. Masa tu kita orang ditemuduga secara berkumpulan. Spatutnya dalam satu bilik tu hanya ada 5 calon tapi memandangkan aku yang terlebih, so jadi 6.
      So, aku susunkan ikut kronolgi la kiranya, step atau level2 yang aku lalui masa temuduga tu.
-          Lepas je dipanggil, serahkan semua maklumat yang penting tu pada penemuduga
-          Lepas dia jemput duduk, duduk la.
-          Lepas  pegawai tu buat sedikit ucapan pembuka kata, dia minta calon2 memperkenalkan diri. In ENGLISH lagi tu.  Pandai2 korang la buat pengenalan tu.
-          Pegawai penemuduga tu buka la slide show kat depan dan tunjukkan satu video yang diambil dari berita kat tv. News tu pasal penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran kalau tak silap aku.
-          Habis je tengok, PP tu minta pendapat pula tentang apa yang dia tunjukkan tadi. So, kira mengulas la.
-          Masa tu, tunjukkan la bakat korang dalam berkomunikasi ke, berdebat ke, bersyarahan ke, asal jangan terover sangat sudah. Jangan lari topik sudah. Agree ke, not agree ke. Ikut korang je. Pemahaman korang sendiri.
-          Lepas tu, PP mungkin tanya korang tentang sijil2 akademik atau sukan yang telah diserahkan kat mereka tu.
-          Kalau korang aktif tu, bagus la. Boleh share pengalaman.
-          PP tu mungkin tanya tentang apa kebolehan atau kelebihan yang korang ada.
-          Masa tu sebab aku campur dengan calon yang dapat subjek, pendidikan seni dan pendidikan moral. Aku tengok calon untuk pendidikan seni tu siap bawa hasil seni atau art yang dia buat. Membantu juga tu.
-          Kalau boleh bawa je apa2 yang boleh membantu, terutama yang dapat pendidikan seni tu. Bawalah hasil kraftangan korang ke.

Selesai je temuduga tu, aku pun ambik la masa berehat kejap. Tapi my war is not done yet. Salah seorang penemuduga tu, suruh aku tunggu dorang habis lunch sebab , lepas tu aku kena pergi bilik muzik pula. Test muzik pulak dah! Nabez gila. Segala jenis peluh yang keluar.
-          Mula2 tu PP tu suruh relax je. Chill! Trying to be less formal  la kiranya.
-          Lepas tu dia suruh main gitar yang aku bawa tadi , bawa apa2 je lagu yang kita suka. Kira macam favourite song la.
-          Masa tu aku bawa lagu Back To December – Taylor Swift . so, aku pun nyanyi la. Lantak la suara aku sumbang ke tak.
-          Lepas tu yang aku memang hampeh habis, kena membaca not2 muzik yang sepatah haram aku tak kenal. Yang aku tahu , clef treble je. Note tinggi ke, rendah ke, aku tak kenal. Fine!
-          Lepas tu , dia bagi pilihan, buat humming muzik2 tradisional or classic la kiranya. Nie aku memang lemah. Aku tengok, macam nak menangis je, dah tak de pilihan lain aku humming je pakai muzik zapin. Entah betul tidak, aku pun tak tahu.
-          Lepas tu pulak... humming ikut not2 muzik yang diberi. Aku hentam saja la labu!
-          Lagi , aku disuruh main gitar , main lagu kanak2 yang aku tahu. Masa tu aku main lagu can mali can. Ahahaahaha.. memang CANnnNNN la sangat. Nak tergelak pun ada bila ingat balik. Memang sebijik budak umur 3 tahun gayanya. Too engrossed with the song.
-          Lepas tu, aku kena berdiri atas stage , kena nyanyi lagi. So, aku pun nyanyi la balik lagu Taylor Swift tadi. Without guitar. Rasa macam audition X-Factor ala2 orang putih.
-          Habis je nyanyi, pergi pula ke alatan lain. Piano. Nie kira okey la. Uji vokal kita je. Boleh ikut not2 yang diamainkan ke. Kira macam ala2 latihan vocal. Nak tahu , tone-deaf ke tak.

Habis je , aku terus rasa macam nak terbang . Tapi untuk keputusan tu, aku tak la mengharap sangat sebab , ye la , tak sampai 24 jam aku buat preparation. Lagipun , masa tu aku memang dah sambung study tempat lain. Tapi, tak salah kalau kita mencuba. Boleh juga ambik pengalaman dan boleh juga dikongsikan bersama. Anyway , buat yang bakal atau mendapat tawaran temuduga tu, berusahalah! Buat yang berjaya , Congratulation! Kalau tak berjaya, tak bermakna anda tak bagus, jadikanlah ia satu pengalaman . kalau nak, cuba lagi. Peluang tu sentiasa ada. Jangan berputus asa. Rezeki ada di mana2. Kalau nak lebih informasi, tanya je. Ada la, sedikit sebanyak pengalaman dan tips yang boleh dikongsi.
-           

2 comments:

  1. lepastu apa jadi? dapat tak? join tak maktab perguruan tu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Penemuduga tu tnya kita x samada nk guna english or malay..hihi...n kalau utk bidang sains biasanya dlm bm or bi??

    ReplyDelete