Wednesday, 7 November 2012

CONTOH SOALAN TEMUDUGA SPA PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN


Lama dah tak buka blog nie sampai tak ingat password pula dah time nak buka.. kadang- kadang bukan sebab apa aku malas nak buka, tak tahu nak tulis apa. Tapi aku nak share la dengan semua orang tentang pengalaman semasa Temuduga SPA nie tadi. First aku pergi temuduga untuk MEDICAL ASSISTANT.. So, macam nie la kisahnya..
Awal-awal pagi berangkat dari rumah, sampai kat pusat temuduga kira-kira dalam 7.10.a.m mcm tu la.. kira orang terawal sampai la nie. Lepas tunggu punya tunggu la, akhirnya semua yang dating interview tu kena panggil naik tingkat 2. Diorang suruh beratur masuk dalam, nak ambik periksaan  la nie. Peperiksaan khas.  Mula dapat giliran ke 10.. aihhh, memang masak la menunggu nie nanti. Lepas tu dating la Pegawai penemu duga  untuk mengedarkan soalan. Tiba2, pegawai tu cakap “ Siapa yang dating awal tadi sila angkat tangan. Yang pertama, kedua dan ketiga terawal?” dengan bangganya juga aku angkat tangan. Maklumlah, ketiga terawal. Lepas tu dia sambung lagi, “ Ok, yang awal nie kita bagi keistimewaan sikit, kita bagi diorang awal untuk temuduga nie. Waseeehhh. #happymode# walaupun nervous dapat juga keluar awal.  Walaupun begitu ada kelebihan dan keburukannya dapat giliran awal nie. Kelebihan -à dapat keluar dan balik awal. Hilang nervous pun cepat. Keburukanà siap sedia la dengan soalannya nanti. Memang tidak terhitung.
Habis je peperiksaan khas, kena suruh tunggu di bilik bersebelahan. Masa tu memang dub..dab..dub..dab la jantung nie ditambah dengan aircond yang tahap salji punya..  tunggu punya tunggu lagi, AKHIRNYA… giliran aku pun sampai… okey, first dulu ketuk pintu tu.
Jj: selamat pagi.
PD1: selamat pagi. Okey silakan duduk.
Jj: terima kasih.
PD1: kenalkan diri.
Jj:bla..blaa..bla..
PD1: plihan pertama kmu adalah M.A kan, kalau kami bagi JTM(jrutknologimaknal) nak?
Jj: nak. Boleh saja.
PD1:  kenapa nk minta M.A sdangkan result bagus mcm nie? Boleh minta engineering, doctor kalau guna result nie.
Jj: bla..blaa...blaaa.bllaaa
PD1: kmu tak smbung blajar mana2 institusi ke? Syg result mcm nie.
Jj: bla..blaa..bla...
PD1: kalau macam tu, saya bagi PD2 pula untuk bertanya soalan..
PD2:  APA YANG KAMU TAHU DAN FAHAM TENTANG M.A
JJ: BLA….BLA…BLAAA
PD2: DIMANA KAWASAN PEDALAMAN YANG PALING JAUH KAMU PERNAH PERGI?
JJ: BLA…BLA…
PD2: KAMU TAK KISAH KALAU KENA HANTAR KE KAWASAN PEDALAMAN?
JJ: BLA..BLA..BLA..
(SEMUA SOALAN YANG DITANYA)
PD2:TERANGKAN SAYA SKOP TUGAS M.A.
PD2: APA KAMU TAHU TENTANG DESKRIPSI UBAT?
PD2: M.A BOLEH KE BAGI DESKRIPSI UBAT UNTUK PESAKIT?
PD2: SAKIT APA YANG M.A BOLEH BAGI UBAT? (soalan nie memang kantoi habis..)
PD2: M.A BOLEH BUAT PEMBEDAHAN KE? (yang nie pandai2 la jawab)
PD2: KAMU CAKAP M.A BOLEH SAMBUNG DEGREE, CONTOHNYA BIDANG APA? (yang nie memang bonus punya la)
PD2: APA YANG KAMU TAHU TENTANG KEMPEN KESIHATAN?
PD2: NIE ADALAH CONTOH SITUASI, SEORANG PESAKIT MENGADU PADA KAMU BAHAWA DIA MENGALAMI DEMAM, APA YANG HARUS KAMU LAKUKAN TERLEBIH DAHULU?
PD2: KALAU KAMU TIDAK PASTI APA PENYAKIT YANG DIALAMI OLEH PESAKIT BERKENAAN, APA YANG PATUT KAMU LAKUKAN?( yang nie memang blur masa jawab..)
PD2: KAT KLINIK APA UJIAN AIR KENCING YANG BOLEH DIBUAT?
PD2: KAMU PUNYA CERMIN MATA BERAPA DGREE? KALAU KENA HANTAR KE KAWASAN PEDALAMAN SUSAH KALAU TAK DE SPARE.
PD2: MEMANG MINAT KE BENDA2 MACAM NIE?
PD1: OKEY KALAU MACAM TU, BALIK NANTI TENGOK2 APA KEMPEN KESIHATAN YANG GIAT DIJALANKAN SEKARANG NIE. NANTI ORANG FIKIR KITA TAK SIHAT PULA KAN.. ADA APA2 PERSOALAN?
Tu je yang dapat nak diingat sebab banyak sangat soalan yang ditanya tapi tu yang memang khusus la.. tapi kalau boleh, masa PD Tanya ada apa2 soalan tu, tanyalah. Kalau tak de tak pe.. macam kawan yang sorang nie dia tanya la PD nie masa PD tu tanya kalau2 dia ada soalan, dia tanya “ elaun tiap bula bape erk?” kesitu pula dah dia… janji kita bersedia memang ok punya la.. yang JJ tu aku, yang PD tu penemu duga..  Kalau ada soalan boleh la tanya..


Yang nie pula tentang pengalaman masa temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian. Tak banyak sangat yang ditanya, ataupun memang tak de benda yang ditanya sebab………Penemu duga cakap result saya bukan selayaknya mendapat pekerjaan seperti tu. Wlaupun ada juga bangga sedikit bila penemuduga tu puji result ada juga la kecewa, ye la kan.. susah2 pergi dan tunggu lama2 dah la giliran ke-3 yang TERAKHIR.. perut dah memanggil masa tu.. masa tu Cuma dapat perkenalkan diri je. In English. Lepas tu kira, kaunseling pendidikan dan kerjaya percuma la dari penemuduga tu.. apa2 pun Thank you buat panel temuduga tu sebab sudi kongsi tips dan cerita serta maklumat yang begitu berharga sekali.. arigato! Tapi! Ada juga sedikit soalan2 yang dikongsikan oleh rakan2 saya yang lain tentang temuduga mereka.
 PD: siapa Agung Malaysia sekarang dan Agung ke berapa?
PD: Sarawak ada sultan atau raja ke?
PD: apa yang anda tahu tentang PPP?
PD: apa jenis gigi yang anda tahu?
PD: orang dewasa ada berapa gigi?
PD: kanak2 pula ada berapa gigi?
PD: apa jenis alatan yang digunakan untuk pembedahan gigi?
PD: apa tugas PPP?
PD: kalau jusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
PD: macam mana nak elakkan jangkitan bakteria pada latan pembedahan gigi?
Lepas tu ada juga la sesetengah penemuduga tu bagi situasi seperti bagaimana yang dikongsikan kepada saya… 

4 comments:

  1. cara pnulisan yg santai... ringkas & padat... TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pleasure. Harap boleh membantu utk temuduga.

      Delete
  2. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    ReplyDelete
  3. ade soalan2 ramalan yg len utk temuduga ppp ?

    ReplyDelete